Selasa, 5 Januari 2016

FITNAH AWANI : ANAK TIRI NAJIB DISIASAT FBI !!!


TINDAKAN Astro Awani menyiarkan artikel fitnah kononnya penerbit filem The Wolf Of Wall Street, Riza Aziz yang juga anak tiri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang disiasat FBI berikutan kaitannya dengan Jho Low dan 1MDB, seakan membenarkan cakap-cakap bahawa portal berita tersebut gemar mengejar sensasi berita tanpa mengendahkan etika kewartawanan.

Bukan pertama kali, bahkan dah banyak kali, majoriti darinya, tajuk dipetik di luar konteks.

Sekalipun artikel tersebut telah ditarik balik, ia telah menjejaskan nama baik Perdana Menteri kerana artikel berkenaan, terutama tajuknya, telah terlebih dahulu disebar secara meluas. Pembangkang faham sajalah, bab membohong ni memang pakar menyebar, lebih-lebih lagi di era orang lebih gemar baca tajuk, kurang gemar baca isi.

Kita boleh faham kalau yang terlibat ini portal berita yang tidak ada prinsip dan bertuhankan pembangkang macam Suara Keadilan dan lain-lain, tapi ini Awani, portal berita yang patut lebih tahu kepentingan menyiarkan berita yang terlebih dahulu telah dipastikan kesahihannya.

Apakah motif buat macam itu, adakah kerana nak mengejar rating?

Menarik balik artikel saja tidak cukup, Awani seharusnya menyiarkan permohonan maaf supaya di masa hadapan kalau isu ini bangkit semula (yang mana penulis pasti akan dibangkitkan semula), rakyat boleh mendapat rujukann pembetulan yang sewajarnya.

Jika tidak ada permohonan maaf, penulis menggesa tindakan undang-undang dimulakan terhadap portal berita berkenaan atau mana-mana entiti kerajaan yang terlibat, boleh guna apa juga kepentingan dalam syarikat yang memiliki Awani ini untuk memastikan perkara tersebut dilaksanakan.

Dah tak boleh bagi muka lagi dah, makin dibiar, makin banyak pulak lemaknya. Kebebasan media bukan lesen untuk memfitnah orang lain, apatah lagi Najib yang telah membawa begitu banyak jasa kepada negara kita ini. - MyKMU

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

0 ulasan:

Catat Ulasan