Ahad, 3 Januari 2016

OPOCOT : PRN SARAWAK 19 MAC 2016


Sarawak dijangka mengadakan Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) pada 19 Mac ini, sekali gus menepati bayangan tempoh tiga bulan yang diumumkan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem pada malam Sambutan Ambang Tahun Baharu 2016, Khamis lalu.

Bagi Pensyarah Kanan Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Jeniri Amir, pemilihan 'tarikh keramat' itu bersesuaian atas beberapa faktor, termasuk ketika musim cuti sekolah dan cuti hujung minggu, yang tentunya memberi peluang lebih besar kepada rakyat negeri ini untuk keluar menunaikan hak mereka.

"Pada tarikh sama juga, keadaan cuaca di negeri ini agak baik dan tidak lagi bergelut dengan isu banjir.

Perlu diingat, untuk mengadakan pilihan raya, faktor cuaca juga perlu diambil kira bagi mengelak sebarang kesulitan, khususnya kepada pemilih untuk keluar mengundi,"

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

0 ulasan:

Catat Ulasan