Jumaat, 22 Januari 2016

AUTONOMI SARAWAK : CM ADENAN DAPAT 13 PERKARA UNTUK FASA 1


PEMBERIAN EMPOWERMENT SECARA PENTADBIRAN KEPADA KERAJAAN NEGERI SARAWAK

1) Pegawai undang-undang negeri (PUU) diberi kuasa oleh pendakwa raya di bawah Kanun Tatacara Jenayah untuk menjalankan pendakwaan bagi kesalahan-kesalahan di bawah ordinan negeri daripada peringkat pertuduhan di mahkamah rendah sehingga ke peringkat rayuan.

2) Dipersetujui penurunan kuasa kepada pegawai negeri bagi mewakili SPA dan SPP untuk melantik pegawai ke Perkhidmatan Awam Persekutuan termasuk ke perkhidmatan perguruan dan kesihatan.

3) Perjawatan di Jabatan Imigresen Negeri Sarawak diperkukuhkan bagi menambahbaik fungsi penguatkuasaan di negeri berkenaan dengan pertambahan 100 jawatan baharu, penempatan sepenuhnya pada akhir Februari 2016.

4) Jumlah guru anak kelahiran Sarawak bertugas di Negeri Sarawak akan ditingkatkan kepada ratio 90% daripada jumlah keseluruhan guru di Negeri Sarawak menjelang tahun 2018. Sebagai langkah memastikan sasaran ini tercapai, maka guru sandaran daripada pasaran terbuka akan dipertimbangkan dari masa ke semasa.

5) Pemberian kuasa warden lalulintas kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) Negeri Sarawak akan diberi kepada Majlis Bandaraya Miri selain daripada Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan.

6) Kerajaan Negeri akan dirujuk sebelum permohonan mendapatkan Permit Perikanan Laut Dalam dibawa ke pertimbangan dalam Jawatankuasa Penilaian Permit Laut Dalam (JPPLD).

7) Kerajaan Negeri akan dirujuk dalam proses penggubalan undang-undang Persekutuan yang mempunyai implikasi kepada Negeri Sarawak dimana diperuntukkan oleh undang-undang.

8) Perancangan projek-projek pembangunan Kerajaan Persekutuan di Negeri Sarawak akan memberi keutamaan kepada Pelan Pembangunan 5 Tahun Negeri Sarawak berdasarkan kepada peruntukan yang diluluskan. Pelaksanaan projek akan dirujuk/dirunding bersama antara Kementerian dan Kerajaan Negeri seperti penentuan lokasi sekolah, hospital serta pelaksanaan projek-projek pembangunan yang lain.

9) Kementerian akan mengambil langkah-langkah penambahbaikan bagi meningkatkan jumlah kemasukan pelajar dari kalangan anak-anak Negeri Sarawak ke program ijazah sarjana muda perubatan di universiti awam tempatan. Anak-anak negeri akan diberi peluang yang lebih besar bagi memasuki program pengajian foundation di UNIMAS.

10) Bersetuju untuk mengenalpasti bidang-bidang berkaitan yang boleh diwakilkan Kuasa Ketua Pengarah Di Bawah Seksyen 49 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kepada pegawai / jabatan negeri.

11) Pelaksanaan pembangunan projek perumahan awam di Sarawak dilaksanakan semula melalui Joint Committee Meeting (JCM), agar agensi negeri dapat terlibat sepenuhnya dalam aspek perancangan, pelaksanaan dan pemantauan program-program perumahan awam di negeri Sarawak.

12) Bersetuju supaya pembangunan sukan di Negeri Sarawak ditadbir bersama dengan Kerajaan Negeri. Kementerian Belia dan Sukan juga sedang dalam proses menambahbaik Akta Pembangunan Sukan 1997 dan dijangka selesai pada akhir tahun 2016.

13) Bersetuju supaya Kerajaan Negeri akan melaksanakan semua fungsi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Semua perjawatan akan dipindahkan kepada Perkhidmatan Awam Negeri. Kerajaan Persekutuan akan menyumbang 50% kos yang ditanggung seperti diputuskan oleh Majlis Kewangan Negara.

INI BARU FASA 1. ADA DUA FASA LAGI YANG SUDAH PASTI MEMBERIKAN BERITA GEMBIRA KEPADA RAKYAT SARAWAK.

MANDAT YANG BESAR PADA PRN AKAN DATANG DIPERLUKAN OLEH CM ADENAN UNTUK TERUS MEMPERJUANGKAN DAN MEMPERCEPATKAN PROSES MENDAPATKAN HAK-HAK SARAWAK.

MEMILIH CALON PEMBANGKANG SUDAH PASTI MELAMBATKAN PROSES PERJUANGAN INI. 

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

0 ulasan:

Catat Ulasan