Ahad, 16 November 2014

@PDRMsia : TANGKAP SAJA SI PENGACAU NI !!!



Beng Kor dan puak pemisah Sarawak-Malaysia tetap dengan agenda 
mereka untuk membuat perhimpunan menuntut referendum Sarawak keluar Malaysia pada 23 November ini di Serian walaupun Kementerian Dalam Negeri semalam telah mengesahkan bahawa NGO SAPA didapati bersalah atas Akta Pertubuhan 1966 kerana melakukan aktiviti yang sama.

Puak pemisah Sarawak-Malaysia ini tetap berkeras untuk mengadakan perhimpunan tersebut yang diketuai oleh Yeu Beng Kang@Beng Kor. Beng Kor yang mana sebelum ini mempunyai pengalaman hebat dalam perhimpunan ganas Bersih di Kuala Lumpur dengan beraninya mencabar keputusan KDN dan PDRM dalam penganjuran mengumpul tandatangan referendum Sarawak keluar Malaysia.
Katanya perhimpunan aman; begitu juga dengan perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur yang lepas, semuanya diakhiri dengan keganasan. Ramai yang tercedera dan segala harta benda mengalami kerosakan yang teruk.

Inilah hasil pertapaan si Beng Kor selama 18 tahun di semenanjung; rupa-rupanya Beng Kor ingin membawa budaya ganas di Sarawak!

Entah bila lagi tindakan akan dikenakan terhadap manusia sebegini. Khabarnya ahli-ahli NGO SAPA yang telah disahkan menyalahi undang-undang pertubuhan oleh KDN, akan turut serta menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.


SUDAH TERANG LAGI BERSULUH, LAHABAU NI MEMANG PENGHASUT. GUNAKAN KEKUATAN UNDANG-UNDANG YANG ADA BAGI MENYEKAT LAHABAU INI DARI TERUS MENGUCAR-KACIRKAN KESTABILAN DAN KEAMANAN DI SARAWAK.

DIA DAH BAGI TARIKH DAN MASA, TUNGGU PDRM CEKUP SAJA.

Wechat : sarawakguerreiro
BBM : 79CA2732


@ Sent From HTC ONE X
            

1 ulasan:

  1. Anasir pengkhianat yg tersembunyi di sebalik SAPA (NGO haram) wajib disabotaj semua rakyat yg cintakan negara.Jgn kita memberi ruang dlm alam maya spt blog utk SAPA dgn buah labunya.

    Penyokong2 SAPA sebenarnya tak faham tentang sejarah negri kita.Bahkah boleh ditafsirkan bahawa "aspirasi" pendokong2 SAPA bukan berunsurkan demokrasi sebenarnya.Mereka lebih beremosi dlm tindakan politik sempit.Mereka tak buka mata kpd "current development" di luar negara.

    Mereka tak nampak agenda2 tersembunyi musuh kita.Sarawak akan "dingam" oleh bangsa2 yg rakus.Lihat perkembangan negara Rep.China - terkini nak membina pangkalan kapalterbang di perairan Laut Cina Selatan".Utk apa?

    Berhati2lah kita terhadap agenda sebenar SAPA.

    BalasPadam