Ahad, 30 November 2014

BERITA YANG MEMBUATKAN EKSTRIMIS PEMISAH DAN PENGHASUT MEROYAN



Aktiviti puak pemisah dan penghasut Sabah Sarawak keluar Malaysia bakal 'ditamatkan' sama ada menghentikan hasutan dengan menunggu RUNDINGAN atau mereka lebih rela ditahan atas kesalahan Akta Hasutan 1948.

Datuk Seri Najib semalam menyatakan persetujuannya untuk berunding hak Sabah dan Sarawak dalam Malaysia termasuk isu kuasa dan royalti.

Menurut kata beliau, semuanya boleh dirunding kecuali perudingan Sabah Sarawak keluar Malaysia. Beliau tidak akan bersetuju dengan apa-apa yang berkaitan dengan isu kedua-dua negeri itu untuk keluar dari Malaysia.

Tegasnya mengenai pengekalan Akta Hasutan 1948 yang menjadi perisai kepada semua kaum dikaitkan dengan usaha-usaha hasutan perkauman yang digunakan oleh puak pemisah yang sedang giat menghasut rakyat di Sabah dan Sarawak untuk keluar dari Malaysia.


Wechat : sarawakguerreiro
BBM : 79CA2732


@ Sent From HTC ONE X
            

0 ulasan:

Catat Ulasan