Pengiktirafan hak golongan transgender jelas sekali bertentangan dengan apa yang dijanjikan Najib Razak pada tanggal 26 Jun, 2012, iaitu tiada tempat buat LGBT di Malaysia, turut juga dengan kenyataan berapi dihadapan 11,000 imam dan ahli-ahli jawatankuasa masjid seluruh negara.
Sehingga hari ini, masih belum jelas kelihatan apa-apa tindakan oleh pihak yang menerima undi rakyat konservatif sewaktu PRU13, sedangkan sudah hampir seminggu keputusan dangkal ini menggegarkan bumi ini.
Apa yang terlalu makan masa sangat? Apakah susah untuk keluarkan amaran-amaran tindakan tegas?
Pada ketika pihak-pihak atasan sekadar diam membisu, Dr Mahathir sendiri sudahpun menyeru barisan-barisan agamawan dan pakar-pakar pelbagai bidang bekerjasama agar dapat membuktikan budaya LGBT ini salah dan berdosa.
Itupun seruan ini disalah erti, sepertimana kata-kata beliau sebelum ini – hudud, janggut Nabi, hadis Kassim Ahmad, dan hubungan Sunni-Syiah. Terlalu banyak pemintalan media yang sentiasa berlaku atas kepentingan atau kebencian masing-masing sehingga berlakunya fitnah berbaur hasutan. Sememangnya, kata-kata Dr Mahathir agak sukar untuk difahami golongan fundamentalisme.
“Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.” – Qur’an 17:53.
Apa yang Dr Mahathir cuba sarankan? KERJASAMA antara pihak agama dan sains dengan harapan pengaruh sampah dari Barat ini dapat ditolak sekeras-kerasnya.
Pengakuan beliau bahawa kadangkala berlakunya ketidaktentuan jantina bukannya satu pengiktirafan kepada LGBT. Memang benar semua orang perlukan saranan pakar tentang hal ini, bukannya kata-kata daripada golongan agamawan sahaja. Oleh itu, fatwa-fatwa mestilah disandarkan dengan fakta-fakta sains. Dan kepada siapakah golongan agamawan perlu rujuk, kalau bukan golongan pakar?
Dr Mahathir tidak sesekali menghalalkan LGBT. Buktinya jelas semasa beliau masih lagi di kerusi pentadbiran 13 tahun lepas.
Amaran keras beliau terhadap London masih lagi jelas berkumandang, bahawa mana-mana menteri homoseksual dari United Kingdom yang membawa pasangan songsang mereka akan dihalau keluar Malaysia.
“British people accept homosexual ministers, but if they (gay British ministers) ever come here bringing their boyfriend along, we will throw them out.” – Dr Mahathir, November 2001.
Kenyataan ini menepati norma-norma Malaysia yang selaras denga perlembagaan persekutuan. Amat sedih apabila keindahan ini ditolak Malaysia susulan pengiktirafan dangkal Mahkamah Rayuan, tetapi diamalkan 8,000 kilometer ke utara dimana Persekutuan Rusia meruntuhkan memorial Steve Jobs di Saint Petersburg hanya kerana pendedahan seksualiti songsang Tim Cook. Sewaktu Dr Mahathir membuat hentaman anti-LGBT beliau, berhujanlah suara-suara parasite dari kota London:
Jack Straw selaku Menteri Luar Negeri UK berpegang bahawa perkara peribadi patut dibiarkan peribadi semata-mata.
Peter Tatchell menuduh Dr Mahathir sedang mengusahakn campurtangan keatas keputusan UK untuk hantar mana-mana wakil yang dipilih.
Brian Coleman mengoyakkan tiket acara yang dihoskan Menteri Kebudayaan Malaysia sebagai tanda protes.
Namun, ucapan Dr Mahathir seolah-olah mengatakan terima kasih sajalah kepada golongan separuh akal ini.
@ Legasi Tun Dr. Mahathir Mohamad
BBM : 79CA2732
@ Sent From HTC ONE X
0 ulasan:
Catat Ulasan