Sabtu, 18 Julai 2015

PERKARA PELIK BERLAKU SEMASA RUMAH TERBUKA CM ADENAN


CM Adenan seperti yang kita ketahui merupakan pemimpin yang amat low profile dan mudah didekati oleh semua peringkat rakyat. Selain itu beliau dilihat tidak mudah untuk melatah dengan apa jua isu termasuklah permainan politik samaada dari pihak kawan atau pun lawan.

Semalam semasa Rumah Terbuka CM Adenan di Pusat Konvensyen Borneo (BCCK), CM Adenan telah meraikan tetamu beliau termasuklah Pengerusi DAP Sarawak, YB Chong Chieng Jen dengan penuh kemesraan.


Walaupun sebelum ini kita semua tahu YB Chong Chieng Jen sering kali "menyakitkan hati" CM Adenan dengan dakwaan-dakwaan yang amat keji, CM Adenan tetap meraikan beliau dan keluarganya seperti tetamu yang lain.


Kemesraan dan layanan baik CM Adenan kepada YB Chong Chieng Jen semasa majlis tersebut seakan-akan memberitahu kepada pembangkang di Sarawak 

BUATLAH APA KAMU NAK BUAT, TOHMAHLAH APA KAMU NAK TOHMAH, HASUTLAH APA KAMU NAK HASUT, FITNAHLAH APA KAMU NAK FITNAH. JANJI AKU BUAT KERJA UNTUK SEMUA RAKYAT SARAWAK TERMASUK DARI KALANGAN KAMU.

Semoga CM Adenan dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat terus memimpin Sarawak ke mercu kejayaan.

Kepada parti pembangkang, janganlah asyik membangkang sehinggakan perkara yang mendatangkan manfaat untuk rakyat Sarawak pun dibangkang.

@ Sent From Samsung Note II
            

0 ulasan:

Catat Ulasan