Ahad, 5 Julai 2015

PERIBAHASA BARU : BINATANG LAIN PUNYA SUSU, BABI DAPAT NAMA !!!



Panas sekejap di media sosial berkaitan papan iklan elektronik yang memaparkan seekor binatang mirip babi dipakaikan songkok dengan ucapan Selamat Hari Raya. Difahamkan papan iklan elektronik itu terletak di Kuala Lumpur.



Namun setelah diselidik,gambar tersebut adalah seekor wombat,yang juga merupakan maskot bagi syarikat servcorp.Perkara ini disahkan melalui satu video korporat syarikat berkenaan yang memaparkan seekor wombat yang sedang bercakap.Servcorp adalah sebuah syarikat yang menawarkan khidmat penyewaan ruang antarabangsa.







Wombat adalah sejenis haiwan yang boleh dijumpai di Australia. Ia berkaki pendek dan panjang badannya kira-kira 1 meter dengan ekor yang pendek. Wombat adalah haiwan herbivor yang memakan rumput, tumbuh-tumbuhan dan akar. 




@ Sent From Samsung Note II



            

0 ulasan:

Catat Ulasan