Selasa, 7 Julai 2015

BIAR BETUL : AZIZ ISA AJAR PKR SARAWAK CARA BETUL BERPOLITIK !!!


Akhir-akhir ini aku cukup suka dengan Aziz Isa. Bukan apa, beliau dilihat "amat-amat menyerlah" dalam apa jua isu. Apa isu yang beliau tidak sentuh. Isu Tabung Baitulmal, Isu pasukan bola sepak Sarawak, Isu nasional seperti 1MDB dan bermacam isu seperti beliaulah Pengerusi DAP Sarawak. 

Cuma kali ini agak menarik. Aziz Isa telah meluahkan perasaan tidak puas hatinya kepada PKR Sarawak yang didakwa TIDAK BEKERJA. Sedikit petikan daripada kenyataan Aziz Isa.

Setiap kali saya berjumpa dengan beberapa orang pemimpin Melayu PKR, mereka tidak sudah-sudah membincangkan isu DAP bertanding di Parlimen Stampin. Masalahnya, DAP dah menang di Parlimen Stampin, yang PKR nak bising-bising lagi kenapa? Janji BN sudah tumbang, itu pun masih bising? DAP tidak ada pun marah bila PKR menang DUN Batu Lintang, yang penting BN sudah kalah. Apa PKR mau lagi? Mahu DUN Batu Kawah, DUN Pending, DUN Padungan dan DUN Kota Sentosa? Akhirnya, BN menang di kawasan lain. Jumlah kerusi kita setakat itu sahaja sebab bodoh sibuk hendak merampas kerusi yang sudah menang yang mana matlamatnya untuk menumbangkan BN adalah sama. DAP dah menang, sudah lah. Tak perlu PKR nak tanding kerusi yang sudah dimenangi DAP. Cari kerusi yang masih dimenangi BN. Kalau PKR tuduh DAP rampas kerusi PKR sebagai contoh di DUN Satok, soalnya sekarang, sejak bila kerusi DUN Satok dimenangi PKR? Kalau masih masih dimenangi BN maka kerusi itu milik rakyat dan BN, bukan PKR. Lainlah kalau PKR menang di DUN Satok dahulu, tidaklah DAP akan bertanding di sana
Baca Selanjutnya di "SARAWAK LIVE"

ADA BETUL JUGAK APA YANG DIDAKWA SI AZIZ ISA INI. KALAU SEMUA DAP YANG BUAT, BUAT APA ADA PAKATAN RAKYAT. MESTI VERNON AJI KEDIT BERBULU GILA DENGAN AZIZ ISA KALI INI.

@ Sent From Samsung Note II
            

0 ulasan:

Catat Ulasan