Isnin, 27 Julai 2015

MASAM MANIS NEWS : PEMBANGKANG MALAYA GELAK, PEMBANGKANG SARAWAK MENANGIS


Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sekiranya pilihan raya umum diadakan esok, Barisan Nasional akan kalah.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri menyatakan kebimbangan itu berdasarkan kepada maklum balas masyarakat di peringkat akar umbi.

"Kalau ikut kata hati saya, kalau esok pilihan raya, kita tak mungkin boleh menang. Sudah ada asas-asas kajian yang dibuat banyak pihak yang menunjukkan adalah amat sukar untuk Barisan Nasional menang.

"Saya tanya bagaimana kalau perdana menteri bubar Parlimen adakah kita akan menang atau tidak, tidak ada seorang pun yang menjawab yakin untuk menang," kata Muhyiddin semasa berucap pada majlis penutup mesyuarat UMNO Bahagian Cheras di Kuala Lumpur. [ Sumber

TAPI AKU RASA PULAK KALAU BUAT PRN ESOK, BN SARAWAK PASTI MENANG BESAR. 

DENGAN PENERIMAAN POSITIF DARI SELURUH RAKYAT SARAWAK TERHADAP KEPIMPINAN CM ADENAN DITAMBAH DENGAN LEMAHNYA HUBUNGAN PEMBANGKANG DI SARAWAK PELUANG UNTUK BN SARAWAK MENANG BESAR ADALAH TINGGI. 

@ Sent From Samsung Note II 
Wechat : sarawakguerreiro
BBM Pin : 567E95DF

            

0 ulasan:

Catat Ulasan