Isnin, 13 Februari 2017

#PRKN3TanjongDatu : RAMAI-RAMAI KELUAR MENGUNDI TANDA SAYANG KEPADA "TOK NAN"


LUNDU: Semua pengundi diminta menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu pada 18 Februari ini sebagai tanda sayang serta kagum dengan kepimpinan penyandangnya yang juga bekas Ketua Menteri Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem (Tok Nan).

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ia juga sebagai tanda sokongan kepada balu Allahyarham iaitu Datuk Amar Jamilah Anu sebagai calon Barisan Nasional (BN).

Pengundi di Tanjong Datu ujarnya perlu menggunakan hak mereka memilih pemimpin untuk masa depan lebih baik.

Beliau juga mahu peratusan jumlah pengundi pada PRK Tanjong Datu lebih tinggi berbanding ketika Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) lalu.

“Saya meminta semua pengundi di Tanjong Datu keluar awal, beramai-ramai pada 18 hari bulan (ini) dan pastikan setiap pengundi Tanjong Datu sama ada di kawasan ini atau luar turun mengundi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama RELA (Jabatan Sukarelawan Malaysia) Daerah Lundu di Dewan Masyarakat Lundu di sini semalam.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg serta beberapa menteri kabinet persekutuan dan negeri yang lain.

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro

            

0 ulasan:

Catat Ulasan