Isnin, 13 Februari 2017

#PRKN3TanjongDatu : CALON PBDS BARU MERUPAKAN PENERIMA BANTUAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT


Calon PBDSB ini merupakan penerima bantuan bulanan daripada k’jaan di bawah JKM: Rohani

LUNDU: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim terkilan dengan calon Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) Rapelson Richard Hamit yang bertanding menentang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu.

Rohani berkata calon PBDSB ini merupakan penerima bantuan bulanan daripada kerajaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Kita tidak menghalang mana-mana individu untuk menjadi calon tetapi secara peribadi saya amat terkilan apabila calon ini bertanding melawan BN sedangkan beliau merupakan penerima bantuan bulanan daripada kerajaan.

“Justeru, suka saya menasihati para pengundi di Tanjong Datu ini supaya membuat penilaian yang tepat pada hari pengundian 18 Februari ini dengan memilih calon kita daripada BN,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Suara Anda Tanggungjawab Utama (SATU) Peringkat Daerah Lundu di Dewan Masyarakat Lundu di sini semalam.

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

0 ulasan:

Catat Ulasan