Selasa, 31 Mac 2015

LEBUHRAYA PAN BORNEO : SATU LAGI 'JANJI DITEPATI' BARISAN NASIONAL



Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak sepanjang 1,076 kilometer (km) menghubungkan Tanjung Datu, Lundu sehingga Merapoh, Lawas. Lebuh raya menelan kos RM15 bilion itu akan dibina dalam tiga fasa iaitu fasa pertama melibatkan laluan Nyabau-Bakun sejauh 43 km bermula Mac ini dan dijangka siap pada akhir 2017. Fasa kedua Tanjung Datu-Sematan-Miri sejauh 780 km termasuk jalan baharu Tanjung Datu-Sematan, 40 km (bermula pertengahan 2016 hingga pertengahan 2023) manakala fasa ketiga pula dari Tedungan Merapok-Sindumin, Limbang-Lawas sejauh 96 km (pertengahan 2018 hingga pertengahan 2023).





Ketua menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem juga menyentuh mengenai pelaksanaan projek lebuh raya Pan Borneo yang merupakan janji yang lama dinanti-nantikan rakyat Sarawak. 

"Ia akan menjadi projek kejuruteraaan terbesar pernah dilaksanakan di Sarawak," katanya.

Adenan berkata sebaik sahaja projek itu siap, ia akan membuka lebih banyak peluang ekonomi untuk Sarawak dan Sabah.

"Kami menjangkakan menjadi sama, daripada segi pembangunan, dengan semenanjung, dalam tahun-tahun akan datang," katanya sambil menambah bahawa Sarawak kini berada di landasan untuk menjadi negeri perindustrian.

Beliau berharap kontraktor Sarawak yang dilantik melaksanakan projek lebuh raya untuk menyahutnya sebagai satu cabaran dan menunjukkan kualiti kerja yang setanding dengan rakan mereka di semenanjung.

SEMOGA DENGAN TERBINANYA LEBUHRAYA PAN BORNEO INI, RAKYAT DI NEGERI SARAWAK DAPAT MENGECAPI PEMBANGUNAN YANG LEBIH PANTAS DAN LONJAKAN EKONOMI SELARI DENGAN APA YANG RAKYAT SARAWAK INGINKAN. SOKONGAN KEPADA YAB KETUA MENTERI SARAWAK DAN BARISAN NASIONAL HENDAKLAH DITERUSKAN DEMI KEMAJUAN YANG BERTERUSAN DI NEGERI SARAWAK.

YANG PALING PENTING, LEBUHRAYA PAN BORNEO INI TIADA TOL

@ Sent From HTC Butterfly
            

0 ulasan:

Catat Ulasan