Selasa, 21 Jun 2016

RAHSIA KEJAYAAN BESAR BN DI 2 PILIHANRAYA KECIL DIDEDAHKAN


Isu-isu besar yang dimainkan oleh pembangkang sebenarnya memakan diri sendiri sehingga menyebabkan mereka kalah teruk dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar, kata pemimpin veteran Tun Musa Hitam.

Beliau berkata, isu-isu seperti 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) yang ‘dimainkan’ oleh pembangkang ketika berkempen pada PRK tidak memberi sebarang kesan kepada pengundi-pengundi dari kampung yang kebanyakannya tidak faham.

Isu yang dibawa oleh BN pula sangat mudah, isu-isu ‘kampung’ seperti masalah jalan, sekolah, pendapatan dan pekerjaan membuatkan pengundi cepat faham

katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran Festival Seni Yayasan Sime Darby yang diadakan selama dua hari bermula 20 Ogos ini secara percuma.

Mengulas lanjut, beliau sendiri tidak menjangka kemenangan luar biasa pada PRK kali ini terutamanya di saat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed menyertai barisan pembangkang untuk berkempen.

“Saya melihat Tun Mahathir sebagai seorang pemimpin yang tidak pernah kalah dalam perjuangannya sebelum ini. Kalau dia (Mahathir) turun pasti akan berjaya. Tetapi kali ini lain pula yang terjadi,” tambahnya.

Beliau memberitahu, hanya pasukan kuat dari segi kewangan dan bersatu seperti BN mampu untuk membangunkan serta membawa perubahan kepada negara.

“Pembangkang hanya berani cakap besar, seolah-olah indah rupa daripada berita,” katanya.

Sumber : Utusan Online

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

1 ulasan:

  1. Ada perbezaan antara isu besar dan isu fitnah... Yg rakyat tolak isu fitnah bukan isu besar faham?

    BalasPadam