Rabu, 30 Disember 2015

SALAHKE SAYA TOLONG ORANG YANG KENA TIPU


“Saya tolong mangsa yang ditipu, salah ke saya tolong?”, demikian luahan aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi.


Kesal dengan penahanan itu, Yusuf berkata sehingga kini beliau masih tertanya-tanya punca utama kesalahannya sehingga ditahan polis sedangkan niatnya hanya untuk membantu pengguna yang ditipu oleh peniaga di Kompleks Kota Raya.

“Ketika saya menuntut kembali wang mangsa, tiada langsung perbuatan yang kasar. Anda boleh rujuk semula video kejadian itu.

“Malah, sidang media yang dibuat selepas itu juga tiada langsung saya menyentuh unsur perkauman,” katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Beliau dipercayai ditahan kerana didakwa membuat ugutan terhadap peniaga telefon di Kompleks Kota Raya yang membantu seorang lelaki mengambil semula wang yang dibayar bagi empat buah telefon bimbit pada 15 Disember lalu.

Yusuf yang juga ketua Unit Tindakan Khas PPIM berkata, selepas memberikan keterangan di Ibu Pejabat Dang Wangi pada 24 Disember lalu beliau kemudiannya digari dan ditangkap di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana pemerasan dan ugutan.

“Saya kena pakai baju lokap dan saya kena gari. Kalau saya bersalah, saya tidak kisah digari dan dimasukkan ke lokap, tetapi saya tidak mendapat perintah mahkamah bahawa saya bersalah.

“Sebenarnya saya diminta untuk ditahan reman tujuh hari, dan penahanan itu sebenarnya dikhaskan untuk mereka yang dituduh dengan jenayah berat. Adakah menolong orang satu jenayah berat?,” katanya.

Bagaimanapun, Yusuf berkata hakim mahkamah penjara menolak permohonan lanjutan penahanan reman keatasnya.

Mengakui dirinya trauma dengan perkara itu, Yusuf berkata beliau tidak akan patah semangat untuk terus membantu pengguna yang teraniaya oleh kezaliman peniaga.

“Saya kalau kena duduk dalam penjara untuk kita semua yang berjuang bangkitkan kuasa pengguna supaya ada pembelaan undang-undang kepada kita semua ini, saya sanggup!,” katanya.

@ Sent From Samsung Note III
Wechat : sarawakguerreiro
            

0 ulasan:

Catat Ulasan