Selasa, 20 Januari 2015

ADAKAH SARAWAK AKAN DIKENALI SEBAGAI SARAWAK BUMI MASSAGE GIRL ???



KUALA LUMPUR 19 Jan. –Cadangan kerajaan untuk mengecualikan visa bagi warganegara China atas alasan untuk menarik lebih ramai pelancong dari negara itu perlu dikaji semula kerana langkah tersebut dikhuatiri mengundang peningkatan kegiatan jenayah.

Bantahan itu disuarakan Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali yang menggesa kerajaan segera menilai secara terperinci cadangan tersebut dalam pelbagai aspek termasuk implikasinya.

Katanya, pada masa ini, terlalu ramai warganegara China yang masuk ke Malaysia sebagai pelancong namun akhirnya mereka ‘menetap’ di sini.

“Bayangkan negara China yang mempunyai lebih 1.3 bilion penduduk diberi kebebasan masuk ke negara ini tanpa visa. Jika lima peratus daripada jumlah itu berbuat begitu, untuk setahun seramai 60 juta rakyat China akan berada di negara ini.

“Jika 25 peratus daripada 60 juta tidak pulang ke negara mereka selepas masuk ke Malaysia, itu menjadikan lebih kurang 15 juta orang setahun daripada mereka akan kekal dalam negara ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


CADANGAN INI HARUSLAH DILAKSANAKAN MEMANDANGKAN DI SARAWAK KINI PUSAT REFLEXOLOGY TUMBUH BAK CENDAWAN. PUSAT REFLEXOLOGY INI PULA MENGGUNAKAN KHIDMAT WANITA WARGA CHINA YANG MEMPUNYAI RUPA PARAS YANG MENARIK UNTUK MENARIK PELANGGAN. MEREKA MENYALAHGUNAKAN PAS LAWATAN SOSIAL UNTUK BEKERJA DI PUSAT-PUSAT REFLEXOLOGY INI. WANITA-WANITA INI MENAWARKAN KHIDMAT TAMBAHAN SELAIN DARIPADA URUT KAKI DAN BADAN. FAHAM-FAHAM AJELAH KHIDMAT TERSEBUT.

SEKIRANYA TIDAK DIBENDUNG DARIPADA AWAL, BERKEMUNGKINAN SARAWAK BUKAN LAGI AKAN DIPANGGIL 

SARAWAK BUMI KENYALANG 

TETAPI 

SARAWAK BUMI MASSAGE GIRL


@ Sent From HTC Butterflty


            

0 ulasan:

Catat Ulasan