Rabu, 2 September 2015

XXX NEWS : ALVIN TAN MAHU XXX DENGAN ANAK TPM


Blogger yang terkenal dengan ‘siaran’ perlakuan seks dengan pasangannya di dalam internet Alvin Tan kali ini nampak terdesak untuk ‘mencipta nama’. Biasanya Alvin akan muncul dengan ungkapan kata-kata menghina dan mengutuk Kerajaan BN.


Namun kali ini beliau dilihat cuba menarik perhatian Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri. Alvin mengugut untuk merogol anak perempuan Zahid.

Alvin seperti anjing hilang akal apabila mengeluarkan kenyetaan berunsur ugutan tersebut, ini mungkin kerana anak perempuan Zahid menyindir dengan tegas kepada peserta bersih4.

Sebelum ini Alvin dilihat menghina Islam dengan mengeluarkan kenyataan berbunyi seperti “Aku meluat setiap kali orang Islam kata Islam itu sempurna, Islam itu indah.. bacalah Qur’an, lihat berapa rangkap yang suruh pengikut Islam bunuh kafir, bunuh murtad, bunuh Yahudi. Agama yang sempurna tidak akan mengajar pembunuhan tak kira apa jua keadaan,”katanya.

Mungkin Alvin merasakan begitu kebal di negara Uncle Sam. Beliau amat yakin bahawa Malaysia tidak akan mampu berbuat apa-apa terhadapnya kerana undang-undang negara tersebut mampu ‘menjaganya’.

Beliau berada di Amerika sejak melarikan diri dari perbicaraan dakwaan menghina Islam di Malaysia.

Apakah Malaysia tidak mempunyai cara untuk menyeret anjing peliharaan pakatan haram ini?

@ Sent From Samsung Note II
Wechat : sarawakguerreiro
BBM Pin : 567E95DF
            

1 ulasan:

  1. Cara utk mengatasi perkara seperti ini adalah jangan tonjolkan diri anda yg sebenar. Insiden diatas adalah kesan dan tindakbalas dari provokateur rba si Alvin sial itu . Jadi mangsa kena banyak-banyak bersabar.

    BalasPadam