Khamis, 3 Julai 2014

CM ADENAN BUAT PEMBANGKANG MAKIN GILA !!!

KUCHING: ‘Lampu hijau’ telah diberikan kepada Kementerian Kemudahan Awam (KKA) oleh Ketua Menteri Adenan Satem bagi membina lebih banyak empangan untuk memenuhi permintaan tenaga dan air yang semakin meningkat.
“Kita akan membina lebih banyak empangan bagi menjana elektrik untuk sektor industri sama ada aktivis alam sekitar atau badan bukan kerajaan (NGO) bersetuju atau tidak. Empangan tersebut bukan kepunyaan mereka,” katanya ketika berucap sempena sambutan ulang tahun ke-10 Kementerian Kemudahan Awam di salah sebuah hotel terkemuka kelmarin.
Beliau berkata bahawa liputan bekalan elektrik 24 jam di negeri ini sudah mencapai 90 peratus dan berharap sasaran 100 peratus akan dicapai tidak lama lagi.
Sementara itu, Menteri Kemudahan Awam, Awang Tengah Ali Hassan mendedahkan bahawa empat juta hektar kawasan di negeri ini telah digazetkan sebagai kawasan tadahan air bagi memastikan bekalan air mencukupi di masa hadapan.
Sarawak merancang untuk membina 12 empangan hidroelektrik
“Pihak kementerian akan meneruskan pembinaan empangan hidroelektrik dan skim pemindahan air mentah sedang diusahakan untuk membangunkan satu konsep bekalan air di setiap daerah di negeri ini,” katanya.
Sarawak yang mempunyai output tenaga 933 MW, merancang untuk membina 12 empangan hidroelektrik yang akan meningkatkan jumlah kapasiti penjanaan kepada 7,000 MW menjelang 2020, iaitu peningkatan sebanyak 600% dari kapasiti sekarang.
Empangan-empangan tersebut akan dibina di Ulu Air, Metjawah, Belaga, Baleh, Belepeh dan Sungai Linau.
@ Sent From HTC ONE X
            

0 ulasan:

Catat Ulasan