Isnin, 7 Julai 2014

BAKAT GIRA : TAK FAHAM JANGAN NAK MEMANDAI MENTAFSIR !!!

KUCHING: Ada nada kesal diluahkan Ahli Majlis Tertinggi PBB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah apabila kenyataan beliau sebelum ini disalah erti oleh Ketua Pemuda PRS Baleh Bakat Gira.
Menurut Karim, kenya-taan beliau sebelum ini tidak ada langsung menyebut tentang Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) kerana isu itu cuma layak dibincangkan di peringkat BN Negeri dan Pusat.
Beliau juga katanya, tidak ada menyebut tentang penubuhan TERAS dan kesannya boleh memecah-belahkan masyarakat Dayak.
Malah beliau enggan diseret ke dalam isu berkaitan pe-mimpin-pemimpin Dayak.
“Jika ketua Pemuda PRS Baleh ingin mengheret saya ke dalam perbincangan perpecahan di kalangan masya-rakat Dayak susulan penubuhan TERAS, saya ingin memaklumkan ia bukan niat saya ketika memberi kenya-taan sebelum ini,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.
Karim yang juga Menteri Muda Pembangunan Belia berkata dalam kenyataan sebelum ini beliau cuma mempersoalkan mengapa PBB tidak disertakan dalam istilah ‘gabungan minda’.
Gabungan itu cuma membabitkan PRS, SUPP dan SPDP, sedangkan PBB juga merupakan sebuah parti komponen BN.
Beliau turut mempersoal-kan mengapa beberapa pe-mimpin daripada parti-parti tersebut begitu awal membincangkan pengagihan kerusi pilihan raya.
Mengenai TERAS, beliau menafikan dakwaan beberapa pihak yang menyatakan PBB ada kaitan dalam penubuhan parti itu sebaliknya ia timbul susulan konflik dalaman SUPP dan SPDP yang tidak berpenghujung.
“Mereka (TERAS) men-dakwa mereka mesra BN dan kita perlu hormat (pendirian itu). Malah mereka merupakan anggota kabinet negeri sebagai menteri dan menteri muda,” katanya sambil mene-gaskan, Bakat tidak layak mempersoalkannya.
Menurutnya, kumpulan wakil rakyat yang kini berada dalam TERAS dipilih atas tiket BN menerusi pilihan raya sebelum ini.
“Mereka tidak sewajar-nya dipinggirkan begitu sahaja kerana mereka sendiri yang keluar daripada parti masing-masing sebelum ini.
“Paling baik perkara ini di-selesaikan oleh pucuk pimpinan BN dan bukan dengan ‘berpakat’ atau menunjukkan menerusi media bagaimana hendak menyelesaikan,” ujarnya.
Antara pemimpin BN yang menyertai TERAS ialah Menteri Pembangunan Sosial Tan Sri William Mawan Ikom yang juga bekas presiden SPDP dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyarakat Dato Sri Wong Soon Koh (bekas pengerusi SUPP Sibu).
            

0 ulasan:

Catat Ulasan