Rabu, 11 Februari 2015

7 FAKTA PERUNDANGAN YANG ANDA PERLU TAHU DALAM KES ANWAR IBRAHIM


Ramai dalam kalangan anda mungkin sangat gembira kerana Anwar memasuki penjara. Namun , jangan sesekali kita bergembira hanya disebabkan perbezaan ideologi dan landasan politik kita. Ini bukan satu isu politik. 

Sekiranya kita mahu bergembira maka biarlah kegembiraan itu berpaksi kepada fakta , kebenaran dan perundangan. Isu ini adalah satu isu yang melibatkan perundangan tanpa mana - mana elemen politik. Biarlah kegembiraan ini berlandaskan kepada keadilan. 

Anwar dipenjarakan pada hari ini bukan disebabkan beliau adalah Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Ketua Pembangkang. 

Anwar dipenjarakan pada hari atas kesalahan meliwat berdasarkan kepada fakta - fakta perundangan. 

Fakta - fakta Perundangan yang penting

1. Anwar Ibrahim mengatakan beliau ada 14 saksi sebagai saksi alibi tetapi akhirnnya tiada seorang pun yang tampil ke hadapan menjadi saksinya di Mahkamah. 

2. DNA Anwar sememangnya berada di tempat sulit si Pengadu. Jika benar sekalipun konspirasi politik maka ahli politik mana di dunia ini mampu mengambil dan mencuri sperma DNA Anwar untuk dimasukkan ke dalam tempat sulit si Pengadu ? 

3. Video rakaman CCTV sememangnya menunjukkan Anwar sememangnya di tempat dan bangunan kejadian. 

4. Anwar tidak pernah sesekali menafikan Sperma DNA tersebut adalah milik beliau. Beliau juga tidak berani untuk mengambil ujian DNA sampelnya untuk menafikan dakwaan pihak pendakwa. Yang dipertikaikan hanyalah pencemaran DNA sperma Anwar. 

5. Hujah konspirasi politik bukanlah merupakan satu penghujahan yang kukuh di Mahkamah. Di Mahkamah segala - galanya adalah berlandaskan kepada prinsip , hujah , bukti dan fakta PERUNDANGAN. Sekirannya kita mahu melihat dari aspek politik maka kita perlu diingatkan bahawa peguam yang sendiri mewakili Anwar iaitu mendiang Karpal Singh merupakan orang pertama dalam negara yang membangkitkan isu liwat Anwar di Parlimen. 

6. Kes ini seharusnya dilihat dari sudut perundangan dan bukannya melalui naluri dan emosi politik kita. Tidak kira mereka yang dalam BN membenci Anwar atau mereka yang berada dalam PR yang menyokong Anwar. Ini bukan satu perbalahan antara BN vs PR. Isu ini adalah isu perundangan yang melibatkan Pengadu ( Mangsa ) dan Pemangsa. 

7. Kita perlu percaya kepada prinsip perundangan dimana seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikkan bersalah berdasarkan kepada fakta dan prinsip perundangan. Dalam fakta dan prinsip perundangan DNA SPERMA tertuduh sememangnya berada di dalam alat sulit pengadu. Tertuduh sememangnya berada di tempat kejadian pada ketika peristiwa ini berlaku. Kredibiliti tertuduh terjejas apabila membentangkan kes yang mengatakan terdapat 14 saksi alibi tetapi tiada seorang pun yang mampu dihadapkan ke Mahkamah untuk menjadi saksi. Faktor - faktor perundangan sedemikian adalah amat penting untuk membuat sebarang kesimpulan penghakiman.

@ Sent From HTC Butterfly
            

0 ulasan:

Catat Ulasan