Rabu, 3 Disember 2014

PESANAN ALFRED JABU YANG MEMBUATKAN EKTRIMIS PEMISAH PANAS BONTOT



Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu adalah antara pemimpin di kalangan kaum Iban yang begitu luas pengalaman politiknya. Beliau dapat merasakan, lahirnya NGO-NGO berhaluan kiri masa kini jika tidak dibendung bukan sahaja boleh merosakkan perpaduan antara kaum di Sarawak, malahan akan merugikan terutamanya untuk kaum Iban.

Rakyat khususnya di pedalaman dinasihatkan tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang atau badan bukan kerajaan (NGO) sengaja menggunakan nama pertubuhan bagi mengapi-apikan rakyat membenci kerajaan.





Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata sejak 50 tahun lalu kerajaan Barisan Nasional (BN) melakukan yang terbaik bagi meningkatkan taraf hidup dan sosioekonomi penduduk di negeri ini.

“Kerajaan BN berjaya mengubah landskap ekonomi dan taraf hidup penduduk di negeri ini khususnya di pendalaman sekali gus merapatkan jurang perbezaan masyarakat bandar dan luar bandar,” katanya pada Perasmian dan Penyerahan Bantuan Amanah Saham Bumiputera (ASB) Sejahtera 2014 Zon Utara Peringkat Negeri Sarawak di sini semalam.

Jabu berharap rakyat terus memberi sokongan padu kepada kerajaan BN yang merupakan satu-satunya kerajaan mampu mentadir Sarawak dan negara ini.

Sumber : Utusan Borneo

Wechat : sarawakguerreiro
BBM : 79CA2732

@ Sent From Lenovo ideapad
            

0 ulasan:

Catat Ulasan