Khamis, 28 Ogos 2014

MUNTAHIR : JIJAH JADI MB, NURUL JADI PERMAISURI !!!


Krisis perebutan jawatan Menteri Besar Selangor mendapat perhatian dari Sultan Melaka yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

‘Sultan Melaka’ melahirkan rasa simpati terhadap Wan Azizah yang tidak mendapat sokongan dari ADUN PAS Selangor.

Bagaimanapun, ‘Sultan Melaka’ dengan berbesar hatinya menawarkan jawatan Menteri Besar, Pengerusi Persatuan Wanita dan Permaisuri Sultan Melaka kepada Azizah, Anwar dan juga Nurul Izzah.
Dalam masa yang sama, beliau sempat juga membodek Anwar Ibrahim untuk mendapatkan Nurul Izzah.

PERLANTIKAN WAN AZIZAH SEBAGAI MENTERI BESAR, DATO’ SERI ANWAR SEBAGAI PENGERUSI PERSATUAN WANITA DAN NURUL IZZAH ANWAR SEBAGAI PERMAISURI DI NEGERI MELAKA DARUL ISLAM

Beta terpanggil untuk menawarkan jawatan Menteri Besar, Pengerusi Persatuan Wanita dan Permaisuri Sultan Melaka kepada keluarga Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Ekoran Dato’ tidak membalas surat yang beta kirimkan pada 14 Ogos 2014, maka beta fikir mungkin Dato’ mahu mencalonkan Dr. Wan Azizah dilantik ke jawatan tersebut.

2. Beta sedih melihat situasi yang berlaku di Selangor, dimana kelihatan calon Menteri Besar, Yang Amat Dikasihi Dr. Wan Azizah dijadikan bahan tertawa puak-puak UMNO Barisan Nasional ekoran tidak mendapat sokongan dari PAS.

3. Puak-puak UMNO Barisan Nasional termasuk juga bangkai-bangkai dalam PAS memang tidak mengetahui kehebatan Dr. Wan Azizah. Hanya Beta sahaja yang tahu kehebatan Wan Azizah. Lihat sahaja apa yang ada pada Nurul Izzah. Sekali gus membuatkan Beta jatuh cinta kepada Nurul Izzah.

4. Beta pula kini keseorangan di atas takhta. Sekali gus dengan adanya Nurul Izzah akan masyhurlah Melaka berputerikan seorang Reformis terkenal di Melaka.

5. Dato’ usahlah bimbang, kerana dengan berkahwinnya Nurul Izzah dengan Beta, sekali gus memperluaskan lagi impian Dato’ untuk menawan Putrajaya. Dan Dato’ perlu ingat, Beta ini Sultan. Maka kuasa beta lebih hebat dari Perdana Menteri Najib.

7. Beta berharap Dato’ dapat menghubungi Beta secepat mungkin agar kita dapat berbincang dengan lebih mendalam tarikh dan waktu majlis angkat sumpah jawatan dan akad nikah.

Yang Benar,

Noor Jan Shah
(DYMM PADUKA SERI SULTAN AHMAD SHAH (TUANKU RAJA NOOR JAN SHAH IBNI ALMARHUM YAM RAJA TUAH SHAH)

SULTAN MELAKA DARUL ISLAM


@ Sent From HTC ONE X

            

0 ulasan:

Catat Ulasan