Jumaat, 27 Januari 2017

"TUNGGULAH" : SOUND KP #SPRM KEPADA AHLI POLITIK RASUAH


PETALING JAYA: Ahli politik yang terbabit dengan rasuah tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad memberi amaran.

Dalam satu temu bual secara langsung di televisyen pada Khamis, Dzulkifli berkata, beliau pernah menegaskan bahawa tindakan akan diambil ke atas sesiapa sahaja yang mengamalkan rasuah, termasuklah ahli-ahli politik tanpa mengira pangkat.

"Pada hari ke-100 saya sebagai ketua SPRM, saya menyatakan bahawa saya tidak akan berhenti daripada mengambil tindakan ke atas ahli-ahli politik.

"Malam ini, saya ingin katakan kepada ahli politik yang terlibat dengan rasuah, 'tunggulah'," katanya.

Dzulkifli berkata, SPRM tidak bimbang dengan 'individu-individu dilindungi' yang melakukan rasuah sistemik.

"Tidak timbul isu mereka dilindungi, saya boleh jamin bahawa semua mereka yang melakukan rasuah tidak akan dibiarkan. Saya akan mengambil tindakan terhadap mereka tanpa rasa takut atau pilih kasih," tegas beliau.

Dzulkifli, bagaimanapun, berkata SPRM mempunyai keterbatasannya sendiri.

"Kita hanya ada 2,900 anggota dan pegawai dalam SPRM, di mana hanya 900 orang melaksanakan tugas penguatkuasaan undang-undang, manakala selebihnya, antara lain berada di jabatan pencegahan dan pendidikan.

"Selain itu bajet juga telah dipotong dan ia berada pada tahap paling rendah sejak 2013," katanya.

Dzulkifli, bagaimanapun berkata beliau tidak akan membenarkan keterbatasan ini untuk menghalang mereka daripada menjalankan kewajipannya.


Sumber : MStar Online

            

Rabu, 25 Januari 2017

IKRAR BEBAS RASUAH : PERKARA PERTAMA DILAKUKAN OLEH CM ABANG JO


KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Openg hari ini mengetuai sembilan menteri dan 18 menteri muda negeri melafaz dan menandatangani ikrar bebas rasuah.

Majlis disaksikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kwan.

Selesai majlis itu Abang Johari mempengerusikan mesyuarat kabinetnya yang pertama di Wisma Bapa Malaysia di sini.

– BERNAMA