Isnin, 18 Mei 2015

PRN SARAWAK : BN MENANG, GST NAIK 10% ???


Menjelang Pilihanraya Negeri yang bakal diadakan bila-bila masa, parti-parti politik terutamanya parti politik Pembangkang sudah mula menggerakkan jentera masing-masing. DAP sebagai parti yang terkuat diantara sekutu mereka di dalam Pakatan Rakyat tidak duduk diam dan berusaha untuk menjadikan mereka relevan di mata rakyat Sarawak.


Malam Sabtu lepas, menggunakan platform Kopitiam Talk di Fu Sen Court, Taman Hui Sing dan mengetengahkan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, DAP memulakan fitnah terhebat abad ini. Chong di hadapan lebih kurang 70 orang yang hadir mengatakan GST akan dinaikkan dari 6 % ke 10 % sekiranya rakyat Sarawak memenangkan Barisan Nasional. Begitulah apa yang diceritakan oleh rakan-rakan yang hadir ke program tersebut.





Chong tahu, isu GST merupakan isu yang terlampau dekat dengan masyarakat. Menggunakan isu fitnah GST dengan mengatakan GST akan dinaikkan dari 6% ke 10% diyakini akan membuatkan rakyat merasa gelisah dan memihak kepada mereka. Cukup jijik dan keji cara DAP cuba menjatuhkan pihak lawan mereka.

DAP SEDAR DAN TAHU, MEREKA SUDAH TIADA ISU YANG HENDAK DIKETENGAHKAN KEPADA RAKYAT DI SARAWAK MEMANDANGKAN CM ADENAN TELAH MELAKUKAN YANG TERBAIK KEPADA RAKYAT SARAWAK KINI. HANYA DENGAN MENDATANGKAN PERSEPSI DAN BAYANGAN BURUK DI MASA HADAPAN SAHAJA MEMUNGKINKAN MEREKA BOLEH DITERIMA PADA PRN AKAN DATANG. 

MEREKA JUGA CUKUP RISAU DENGAN TREND MASYARAKAT CINA MASA KINI YANG MULA MENUNJUKKAN SOKONGAN POSITIF TERHADAP KEPIMPINAN CM ADENAN. 

APA LAGI YANG MEREKA BOLEH BUAT SELAIN DARI MELAKUKAN FITNAH JAHAT.

@ Sent From HTC Butterfly

            

Ahad, 17 Mei 2015

CM ADENAN KOTAKAN JANJI, TOL RM 10 DIHAPUSKAN


Alhamdulillah dan amat-amat bersyukur dengan keputusan yang telah dilaksanakan oleh CM Adenan memansuhkan bayaran tol Jambatan ASEAN. Pengumuman ini dibuat semasa Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke -10 Bandaraya Miri malam tadi.

Jambatan ini yang dibuka secara rasmi pada tanggal 30 Ogos 2003 yang menelan belanja RM 178 juta merupakan jalan penghubung penting bagi mereka yang memilih untuk menggunakan kenderaan dari Miri ke Brunei, Limbang dan Kota Kinabalu dengan tol RM10 bagi perjalanan sehala.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Shin Yang Group of Companies atas kerjasama mereka dalam memansuhkan tol itu demi faedah rakyat Malaysia.

Pemansuhan tol di negeri ini merupakan yang kedua diumumkan oleh CM Adenan dengan yang pertama bagi jambatan Lanang di Sibu membabitkan pemansuhan tol 50 sen bagi motosikal, RM3 (kereta), RM5 (van dan pacuan empat roda) dan RM10 (lori dan bas) berkuat kuasa 25 Mei.

SEMOGA LEBIH BANYAK LAGI BERITA BAIK YANG AKAN DIBERITAKAN UNTUK KITA RAKYAT SARAWAK. SEBAGAI BALASAN KEBAIKAN DAN KEMUDAHAN YANG TELAH DIBERIKAN KITA HENDAKLAH  TERUS MENYOKONG KERAJAAN PIMPINAN CM ADENAN.

@ Sent From HTC Butterfly
            

Sabtu, 16 Mei 2015

ADAKAH KERANA SEBAB INI DR. MICHEAL TEO DIPUKUL ???


Serangan terhadap Dr. Micheal Teo di hadapan klinik beliau pagi semalam amatlah mengejutkan. Pelbagai spekulasi telah timbul dan ada yang mendakwa ini semua kerja orang BN. Ada pula yang mengatakan operasi klinik beliau itu sendiri yang menyebabkan kejadian ini berlaku. Petikan di bawah adalah dari blog Buletin Sengal.

Seorang saksi memberitahu, beberapa hari sebelum kejadian, berlaku pertengkaran antara Dr. Michael Teo Yu Keng dengan seorang lelaki berhubung harga pengguguran yang dikenakan. Beberapa orang pelanggan yang datang ke klinik tersebut juga telah memaki dan membuat ugutan sebelum beredar dari klinik.

Klinik yang terletak di Jalan Sri Dagang itu sebelum ini, sudah lama didakwa sebagai tempat pengguguran haram pada kos yang dianggap rendah.



ADALAH AMAT MUSTAHIL, KERJA INI DILAKUKAN OLEH BARISAN NASIONAL SEPERTI YANG DIDAKWA. APA RELEVANNYA MEMUKUL DR. MICHEAL TEO. ADAKAH BILA DIPUKUL, SOKONGAN TERHADAP DR. MICHEAL TEO AKAN BERALIH ARAH KE BARISAN NASIONAL. RASANYA ORANG MIRI AKAN LEBIH KASIHAN TERHADAP NASIB YANG MENIMPA DR. MICHEAL TEO. DAN BARISAN NASIONAL SECARA AUTOMATIKNYA AKAN DITOLAK KERANA MENGAMALKAN POLITIK SAMSENG.

@ Sent From HTC Butterfly
            

Jumaat, 15 Mei 2015

CUKUPLAH PARTI YANG SUDAH ADA, JANGAN BAWA PARTI INI KE SARAWAK !!!



Kewujudan parti IKATAN yang dikatakan beraspirasikan parti berbilang kaum berkemungkinan akan dibawa dan dikembangkan ke Sarawak. Daripada apa yang difahami melalui ucapan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Presiden IKATAN sememangnya mereka akan mengembangkan sayap mereka ke Sarawak.


" menghidupkan kembali apa yang dikehendaki Datuk Onn Jaafar dan para pemimpin Parti Perikatan suatu ketika dahulu yang mahu menubuhkan parti berbilang kaum"
" Ikatan yang berharap menjadi sebuah parti massa dengan majlis dan cawangan di setiap negeri akan mengambil tarikh Hari Malaysia pada 16 September 2015 untuk memperkenalkan barisan pimpinannya dari seluruh negara."
Baca Selanjutnya [Di Sini] 



Agak pelik rasanya bila semakin banyak parti baru diwujudkan. Tidakkan pemimpin-pemimpin parti baru ini berfikir, semakin banyak parti, semakin berpecah dan berpuak-puak rakyat di Malaysia ini. 

RAKYAT SARAWAK TIDAK MEMERLUKAN PARTI BARU INI UNTUK BERTAPAK DAN MENGEMBANGKAN SAYAP MEREKA DI SARAWAK. SUDAH CUKUP PARTI LUAR SEPERTI PKR, DAP DAN PAS MEMBUAT ONAR DAN MEMPORAK-PERANDAKAN RAKYAT DI SARAWAK. 


@ Sent From HTC Butterfly

            

APAKAH DOSA DR. MICHEAL TEO DIPERLAKUKAN SEBEGINI ???


Apakah dosa Dr. Micheal Teo diperlakukan sebegini rupa ? Apa silap beliau dipukul menggunakan kayu baseball ? Kenapa mesti di hadapan klinik beliau, beliau dipukul ? Adakah tindakan ini berkaitan dengan politik ataupun bisnes yang beliau lakukan ?



Banyak lagi yang boleh dipersoalkan berkaitan kejadian Dr. Micheal Teo dipukul di hadapan klinik beliau pagi tadi.

Semoga Dr. Micheal Teo cepat sembuh.

@ Sent From HTC Butterfly
            

Selasa, 12 Mei 2015

TAHNIAH CM ADNAN : INI BARU CAKAP SERUPA BIKIN !!!


Komitmen serta kesungguhan kerajaan negeri Sarawak untuk membanteras pembalakan haram amatlah dipuji. Kejayaan operasi bersepadu yang diketuai oleh SPRM bersama lain-lain agensi telah menghasilkan satu keberjayaan yang amat besar. Ikuti kenyataan DATO’ MOHAMAD JAMIDAN BIN ABDULLAH, PENGARAH BAHAGIAN SIASATAN
SPRM



" OPS GERGAJI BERSEPADU SERBU 48 LOKASI DI SARAWAK, BEKUKAN AKAUN SYARIKAT LEBIH RM560 JUTA

1. Ops Gergaji, satu operasi bersepadu bagi membanteras kegiatan rasuah, pembalakan dan penebangan hutan secara haram di Sarawak serta perbuatan mengelak cukai kepada kerajaan oleh pemilik syarikat-syarikat pembalakan di Sarawak telah diadakan pada hari ini (12 Mei 2015) mulai jam 9.30 pagi.

2. Operasi bersepadu yang melibatkan sekurang-kurangnya 400 orang pegawai dan anggota dari Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak ini diketuai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak, Polis Diraja Malaysia termasuklah Pasukan Gerakan Am, Jabatan Perhutanan Negeri Sarawak dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

3. Serbuan telah dilakukan secara serentak ke atas 48 lokasi yang disyaki berlakunya perbuatan rasuah, aktiviti pembalakan dan penebangan hutan secara haram serta perbuatan mengelak cukai kepada kerajaan oleh pemilik syarikat-syarikat pembalakan dan kilang papan di Sarawak. Serbuan ini adalah hasil daripada siasatan yang terperinci dan menyeluruh berdasarkan maklumat risikan yang diperoleh oleh SPRM bersama agensi-agensi yang terlibat.

4. Daripada 48 lokasi yang diserbu itu, 27 adalah kilang papan dan logponds, selebihnya adalah premis-premis perniagaan yang terletak di enam (6) kawasan seperti yang berikut-

BIL KAWASAN
Miri: 13
Kuching: 12
Sibu: 12
Bintulu: 6
Bakun: 3
Kapit: 2
JUMLAH: 48 lokasi seluruh Sarawak.

5. Hasil serbuan setakat ini, sebanyak 375 akaun syarikat-syarikat dan individu bernilai lebih RM560 juta telah dibekukan. Dalam pada itu, sebanyak lebih 500 batang kayu balak juga telah disita oleh pihak SPRM. Siasatan lanjut akan dijalankan di bawah seksyen 17(a) dan 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 serta seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

ULASAN:
6. Operasi bersepadu ini membuktikan komitmen padu Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam memerangi kegiatan rasuah di dalam sektor pembalakan di samping membendung aktiviti pembalakan dan penebangan hutan secara haram yang berleluasa di Sarawak. Adalah dipercayai bahawa perbuatan ini ini telah mengakibatkan kerugian sebanyak berbilion ringgit kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak. Langkah ini juga bertujuan melindungi khazanah alam sekitar Negeri Sarawak.

7. Kejayaan Ops Gergaji ini adalah hasil kerjasama yang erat anggota dan pegawai SPRM, Kerajaan Negeri Sarawak, Polis Diraja Malaysia, Pasukan Gerakan Am, Jabatan Perhutanan Negeri Sarawak dan Lembaga Hasil Dalam Negeri. "

@ Sent From HTC Butterfly
            

Sabtu, 9 Mei 2015

NAK RASA KENA SEPAK DENGAN CM ADENAN, TRY BUATLAH MACAM NI



"Parlimen Permatang Pauh seperti yang semua ketahui merupakan kubu ampuh PKR semenjak Anwar Ibrahim ditendang keluar daripada UMNO. Buatlah mcm mana sekalipun, janjilah projek pembangunan yang maha hebat sekalipun, dedahkanlah apa sahaja kelemahan Pakatan Rakyat sekalipun ianya tidak akan melumpuhkan kepercayaan rakyat di Permatang Pauh dengan kredibiliti Anwar Ibrahim."

Kenyataan di atas adalah sebahagian kenyataan dangkal dari orang yang MUDAH MENGALAH dan tiada SEMANGAT JUANG.

Banyak faktor yang boleh dikaitkan dengan musnahnya harapan UMNO untuk merampas Permatang Pauh dari genggaman keluarga Anwar Ibrahim. Calon UMNO di Permatang Pauh sudah cukup BERSIH dan berkelayakan, jadi alasan untuk mengaitkan kekalahan UMNO dengan pemilihan calon adalah tidak munasabah. Dengan perpecahan dalaman dalam Pakatan Rakyat sepatutnya memberikan peluang dan ruang yang selesa untuk UMNO mengambilalih kerusi Permatang Pauh. Tapi apakan daya, peluang dan ruang tersebut tertutup angkara UMNO itu sendiri.

Daripada apa yang dilihat dan disampaikan oleh akar umbi UMNO kekalahan itu disebabkan UMNO Bahagian Permatang Pauh seperti tidak mahu menang. Dari hari pertama tempoh berkempen sehingga hari pengundian, unsur-unsur sabotaj terhadap calon sendiri amatlah ketara. Ada cawangan UMNO dianaktirikan, tidak disalurkan dana untuk bergerak. Ada pula ketua cawangan yang merajuk seakan budak tadika. Bila ditanya kenapa begitu, katanya "Orang bahagian tak turun ke cawangan, jadi kita malas la nak kerja". Sampai begitu sekali perangai mereka. Ada pula yang sibuk mengira berapa keuntungan daripada budget yang diserahkan kepada negeri atau bahagian angkat.

Sudah tiba masanya pucuk pimpinan UMNO serta ahli-ahli UMNO bermuhasabah diri. Berilah peluang kepada pemimpin-pemimpin yang benar-benar layak untuk memimpin. Singkirkan parasit-parasit yang semakin memenuhi "rumah-rumah" UMNO. Angkatlah orang-orang yang benar-benar ikhlas berjuang untuk UMNO. 


JADI KALAU ORANG PBB TAK NAK KENA SEPAK DENGAN CM ADENAN, JANGAN BUAT BENDA PELIK-PELIK. 

#JANGANMAINMAINSAMAADENAN

@ Sent From HTC Butterfly
            

Rabu, 6 Mei 2015

MUNGKINKAH SELEPAS INI #SARAWAK4SARAWAKIANS PULA SERANG MAJLIS CM ADENAN ???



Geng SABAH SARAWAK KELUAR MALAYSIA yang diketuai oleh Doris Jones memang MUKA TAK MALU. Kehadiran mereka di Majlis Perjumpaan CM Adenan bersama Pelajar dan Profesional Sarawak di London bukannya diundang dan langsung tidak dialukan.



CM Adenan yang dilihat MUDAH MESRA telah diambil kesempatan oleh mereka untuk mendapatkan PERSEPSI RAKYAT SARAWAK seakan-akan CM Adenan meyokong perjuangan mereka. Lalu dengan menggunakan peluang kehadiran CM Adenan ke London, mereka dengan muka tak malunya meyerbu majlis CM Adenan. Tujuan mereka hanya satu, untuk mendapatkan gambar bersama CM Adenan. 



Yang tidak diceritakan oleh Doris Jones dan SSKM ialah, dalam pertemuan terjah itu, Ketua Menteri Sarawak SECARA TEGAS menyatakan bahawa 'THERE IS NO SECESSION OF SARAWAK FROM MALAYSIA" (Sarawak tidak akan keluar dari Malaysia). Kenyataan tegas Ketua Menteri itu didengar dan disaksikan oleh ramai pegawai-pegawai kerajaan dalam pertemuan tersebut.




Mujurlah ada diantara yang hadir di majlis tersebut telah membuka pekung geng ini. Jika tidak geng ini terus menjual modal bahawa CM SARAWAK MENYOKONG PERJUANGAN MEREKA. 

Ada pulak geng SEPERJUANGAN lain mula berbulu dengan geng SSKM. Mereka adalah geng SARAWAK FOR SARAWAKIANS REFERENDUM. Geng ini mula cemburu dengan gambar Doris Jones bersama CM SARAWAK. Melalui Queenasia Skyetv, mereka juga ingin berjumpa dengan CM Adenan. Mungkinkah bila permohonan mereka secara rasmi tidak dilayan, mereka juga akan membuat tindakan TERDESAK seperti SSKM.



KALAU DILIHAT DI FACEBOOK DORIS JONES, SELEPAS PERJUMPAAN DENGAN CM ADENAN TERDAPAT PERUBAHAN SIKAP PADA DORIS JONES. SEAKAN CM ADENAN SUDAH MENJADI IDOLA KEPADA DORIS JONES. PUJI-PUJIAN DAN SOKONGAN TIDAK BERBELAH BAGI DINYATAKAN DI WALL FACEBOOK DORIS JONES TERHADAP CM ADENAN. NAMPAKNYA CM ADENAN BERJAYA MENYEKOLAHKAN BUDAK BUANGAN SABAH INI. TAHNIAH CM ADENAN.


@ Sent From HTC Butterfly